Wednesday, January 12, 2011

Kambing bermata segi empat tepat


Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat

Katak Beracun/ Poison Frog



Hanya 0.16 mg toksin yang dikeluarkan oleh "Poison Frog" (katak beracun) boleh membunuh
180-paun manusia.

penerbagan Kelawar


Kelawar selalunya membeluk ke kiri apbila keluar dari gua.

Tuesday, January 11, 2011

Kehidupan Penguin


Penguin mengadakan hubugan seks hanya dua kali setahun.

Arnab


Arnab suka likuoris.

Ringanya Burung Merpati


Tulang-tulang burung merpati lebih ringan daripada bulunya

Tikus Mondok


Tikus Mondok ialah binatang kecil yang suka megorek lubang terowong dalam tanah dan meninggalkan longgokan tanah dijejak mereka. Mereka boleh mengorek terowong tanah sedalam 300 kaki sehari.

Feret betina


Feret betina akan mati jika ia tidak jumpa pasagannya apabila ia datang berahi

kumbang kura-kura berdarah



Kumbang Kura-Kura "mengeluarkan darah" kerana melindugi diri dari pemangsa. "Darah" mereka mengandugi bahan kimia yang dibenci atau memebawa maut kepada pemangsa.

Beaver gigi yang tajam


Gigi beaver terlalu tajam dan puak orang asli amerika pernah menggunakannya sebagai mata pisau

Siput dan gigi


Seekor siput mempunyai 250000 gigi, betul bacaan anda tadi dua puluh lima ribu.

Hamster kerdip mata


Kebanyakkan hamster kerdip mata hanya satu mata pada satu masa.

Burung kakak tua bercakap


Burung Kakak tua tidak boleh bercakap. Ia cuma suka mengajuk atau meniru bunyi siulan dan kata-kata.

Kenapa anjing bulldog nampak garang?


Anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malang bagi 'bulldog dan pit bulls yg cuma mempunyai 10 sahaja. Oleh itu, mereka mudah disalah interpretasi oleh anjing-anjing yang lain menyebabkan perkelahian.

Gajah berjalan berjengkit-jengkit


Semua gajah berjalan berjengkit-jengkit kerana bahagian belakang kakinya dibuat daripada lemak dan tidak bertulang.

Cimpanzi megenal diri sendiri

Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya sendiri di cermin tetapi monyet tidak boleh berbuat demikian.

Kangaroo dan ekor


Sekiranya ekor kangaroo diangkat, ia tidak boleh melompat sebab ekornya berfungsi utk mengimbanginya.

Haiwan terpantas di dunia

Haiwan darat yang paling pantas didunia ialah cheetah, semasa berlari boleh mencapai kelajuan 60-70 batu perjam (110km/j)

Ular tedung dan bisa

Ular tedung boleh berleher hitam boleh menyemburkan bisa ke arah mangsa sehingga 2.5 meter.

Semut yang rajin


Seekor semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badan.

Lebah dan madu


Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu madu.

Lembu betina dan susu


Seekor lembu betina boleh menghasilkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya.

Ayam Jantan berkokok


Tahukah anda bahawa, Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkoknya sepenuhnya.

Mengapa Orang-orang Mempunyai Warna Kulit Yang Berbeza-beza?


Orang-orang yang mempunyai kulit paling putih terdapat di Eropa bahagian utara dan dinamakan orang-orang Nordik. Orang-orang yang mempunyai kulit paling hitam hidup di Afrika bahagian barat. Orang-orang di Asia Tenggara mempunyai warna kulit coklat kekuningan. Tetapi, kebanyakan orang tidak berkulit putih, hitam, atau kuning, melainkan berkulit coklat dengan beratus-ratus variasi.
Apakah sebabnya terdapat perbezaan warna kulit pada orang-orang ini? Penjelasannya sebenarnya terletak pada seluruh rangkaian proses-proses kimia yang terjadi di dalam tubuh dan kulit. Di dalam jaringan-jaringan kulit terdapat dasar-dasar warna tertentu yang dinamakan "chromogens", yang tidak berwarna. Enzim-enzim bertindak berdasarkan dasar-dasar warna ini, warna kulit tertentu pun dihasilkan.

Bagaimana jika seseorang tidak mempunyai dasar-dasar warna ini, atau enzim-enzimnya tidak bekerja dengan sebagaimana mestinya terhadap dasar-dasar warna ini? Maka orang itu dinamakan "albino" karana tidak mempunyai zat warna sama sekali. Ini dapat terjadi pada orang-orang di mana saja di dunia ini. Ada orang-orang albino di Afrika, "orang-orang yang lebih putih" dari orang kulit putih mana pun!

Kulit manusia itu sendiri, tanpa adanya zat pewarna, berwarna putih krem. Tetapi pada warna ini ditambahkan sedikit warna kuning, yaitu akibat dari adanya pigmen kuning di dalam kulit. Unsur warna lain yang ditemukan dalam kulit adalah hitam, yaitu akibat dari adanya butiran-butiran kecil dari suatu zat yang dinamakan "melanin". Zat ini berwarna coklat, tetapi jika tampak dalam kumpulan besar akan kelihatan berwarna hitam.

Sifat lain ditambahkan pada kulit oleh warna merah darah yang beredar di dalam pembuluh-pembuluh kulit yang sangat kecil.

Warna kulit masing-masing orang bergantung pada perbandingan-perbandingan dari keempat warna ini iaitu putih, kuning, hitam, dan merah. Semua warna kulit umat manusia dapat diperoleh dengan kombinasi-kombinasi yang berbeza-beza dari unsur-unsur warna yang kita miliki ini.

Cahaya matahari dapat menciptakan melanin, pigmen hitam, di dalam kulit. Jadi, orang-orang yang tinggal di daerah-daerah tropika mempunyai lebih banyak pigmen melanin dan mempunyai kulit yang lebih gelap. Tetapi jika kamu berjemur di bawah sinar matahari selama beberapa hari, cahaya ultraviolet dari matahari akan menghasilkan lebih banyak melanin di dalam kulit kamu juga, dan ini akan mengakibatkan "warna coklat matahari"!